Biologi
Morfologi and ketidakmampuan terbang
Pada
Oktober 2005,
sebahagian dari Mare aux Songes, tempat paling penting dari peninggalan
dodo, dipindahkan oleh suatu pasukan peneliti antarabangsa. Banyak
peninggalan yang ditemukan, termasuk tulang dari burung dengan
kedewasaan beragam,
[5] dan beberapa tulang jelas-jelas berasal dari kerangka seekor burung dan tersimpan dalam posisi aslinya.
[3] Penemuan ini dipertunjukan pada awam pada
Disember 2005 di Naturalis, sebuah muzium di
Leiden.
Sebelumnya, beberapa spesimen yang dikaitkan dengan dodo sudah dikenal,
kebanyakan terdiri dari tulang-tulang berserakan. Muzium
Natural History di
Dublin dan di
Universiti Oxford,
di antaranya, mempunyai spesimen yang disusun dari peninggalan yang
tidak berhubungan ini. Telur dodo dipertunjukkan di Muzium London Timur
di
Afrika Selatan. Sampai saat ini, peninggalan yang paling lengkap, yang dipertunjukkan di
Museum of Natural History
di Universiti Oxford, berupa sebahagian tulang kaki dan kepala yang
berisi satu-satunya bagian tubuh lunak yang masih ada dari spesies ini.
Gambar dodo oleh Jan Savery tahun
1651 berdasar pada lukisan Roelant Savery tahun
1626,
dibuat dari spesimen yang diisi - perhatikan bahawa ia mempunyai dua
kaki kiri dan burung itu tampak kegemukan di tempat penangkapannya.
Sisa dari dodo terakhir disimpan di Muzium Ashmolean
Oxford, tapi di pertengahan
abad ke-18, spesimen itu telah benar-benar rosak dan diperintahkan untuk dibuang oleh kurator atau pengarah muzium sekitar tahun
1755.
Pada bulan
Jun 2007, para pengembara yang menjelajah sebuah gua di
Lautan Hindi menemukan kerangka dodo yang paling lengkap dan paling tersimpan baik dibanding yang lainnya selama ini.
[6]
Dari gambaran artis kita tahu bahawa dodo memiliki bulu keabu-abuan,
paruh sepanjang 23 cm dengan ujung bengkok, sayap yang sangat kecil,
kaki kuning yang kokoh, dan seberkas bulu keriting di bahagian hujung
belakangnya. Dodo adalah burung yang sangat besar, dengan berat sekitar
23 kg. Tulang dadanya tidak dapat menunjangnya untuk terbang; burung
yang hidup di tanah ini berevolusi dengan memanfaatkan
ekosistem pulau Mauritius yang tidak memiliki makhluk yang dapat memangsanya.
Gambaran tradisional dari dodo adalah burung yang gemuk dan canggung,
tetapi pandangan ini telah dipertentangkan sekarang. Pendapat umum dari
ilmuwan sekarang adalah bahawa lukisan lama itu menunjukkan spesimen
yang ditangkap dan diberi makan terlalu banyak.
[7] kerana Mauritius memiliki
musim
kering dan basah, dodo kemungkinan menggemukkan diri dengan buah matang
di akhir musim penghujan untuk dapat selamat melalui musim kemarau saat
langka makanan; laporan kontemporari menyebutkan burung ini memiliki
selera makan yang "rakus". Sehingga, dalam penangkapan, akan sangat
mudah mengalami kebanyakan makan.
Makanan
Pohon
tambalacoque,
juga dikenal sebagai "pohon dodo", dihipotesiskan Stanley Temple telah
dimakan oleh Dodo, dan hanya melalui pencernaan dodo benih buah-buahan
ini dapat tumbuh; ia menegaskan bahawa tambalacocque sekarang hampir
pupus kerana ketiadaan dodo. Ia memaksa agar tujuh belas buah-buahan ini dimakan
ayam Belanda
liar dan tiga di antaranya dapat berkecambah. Dalam penelitiannya,
Temple tidak berupaya menumbuhkan benih dari buah-buahan lainnya sebagai
kawalan yang tidak diberikan pada ayam Belanda sehingga dampak
pemberian buah-buahan kepada ayam Belanda jadi tidak jelas. Temple juga
tidak memperhatikan laporan penelitian tentang pengecambahan benih
tambalacoque oleh A. W. Hill tahun
1941 dan H. C. King tahun
1946, yang menemukan bahawa benih itu dapat tumbuh, walau sangat jarang, tanpa dimakankan pada burung.
[8][9][10][11